Want your
own Fotopage?








 
NURI mama Saif, Firasyah & sarah

By: MUM NuRIMAH ISHARA Hj Abd Karim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 3-Jan-2010 16:59 Email | Share | Bookmark
kuih dari ubi kayu.

salam semua rakan2 di alam siber

Diam tak diam dah 3 januari 2010 dan esok 4 januari anak2 akan
memulakan sesi persekolahan semula setelah sebulan BEREHAT @ BERCUTI. Selamat bersekolah semula ye anak2.

Anak sulongku si Saif akan melangkah ke tahun Empat (SRAI TMN KERAMAT)
dan kakak naik ke tahun Tiga.(SK TMN KERAMAT 1)

[b][b]Bg yg baru melangkah ke tahun satu mungkin lebih excited ,
maalumlah sblm ni cuma ke taska tapi kini berbeza sikit. LEBIH formal lah.
Alhamdulillah segala persiapan dah lengkap, dan esok tugas sbgai ibubapa
berjumpa guru utk selesaikan yuran2nya.
Nak mengeluh pun tak wajar sbnya dah jadi kewajipan sbgai ibubapa kan.Cuma harapan anak2 jadi orang yg BERJAYA di dunia dan akhirat.


Dikesempatan ini juga ku paparkan kuih lepat ubi kayu feberet ni
yg kubuat baru2 ini. Resepinya dari mak. simple je cuma parutan
ubikayu sedikit santan dan gula merah.Cara masakannya pula
dikukus.
Sedap tau...makan pagi ataupun petang.





Masih lg menggunakan ubi kayu tapi sekali ni buat kuih keria
anak2 suka makan kuih ni yg disalut dgn sira gula.
bila terlebih rajin mama bulat-bulatkan je.

resepinya nanti ye.



juga nak paparkan BUAH SALAK dari kebun my ayahanda kat kg.
yg bestnya buah salak ni lebih nipis isinya kalau dibandingkan dgn
salak yg selalu dipasaran.(salak indonesia tebal isinya). Sbnya ni salak asli tau.(semulajadi tumbuh kat hutan)

Rasanya manis2 masam. kalau blm cukup masak rasanya masam2 kelat). kalau cukup2 masak manisss tapi tak la cam gula. he he

Buah Salak atau nama saintifiknya Salacca edulis (Reinw), adalah sejenis tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Palmae. Rasanya unik masam, manis serta berbau wangi. Di Sabah, tanaman salak terdapat di beberapa tempat terutamanya di Daerah Sandakan dan Tawau.[/b]

ok tq[/b]


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net