Want your
own Fotopage?








 
NURI mama Saif, Firasyah & sarah

By: MUM NuRIMAH ISHARA Hj Abd Karim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 1-Apr-2011 12:09 Email | Share | Bookmark
kek pandan & bengkang tepung jawi

 
 
 
 
assalamualaikum

selamat datang APRIL

jom layan kek pandan dan bengkang tepung jawi @ beras yg daku buat lama sudah
he he tp baru nak upload kat sini.





BENGKANG JAWI kalau my mum panggil kuih yg putih melepak ni tp kat kl org kata bingka tepung beras. kuih feberet my mum sejak dulu lagi dan kali ni nak bg mak rasa
hasil tangan anaknya lak he he memang sedap mak pun kata sedap sbnya lemak2 dan manis pun sedang2 je yg paling best lembut je. dah tu walaupun semalaman tak basi
pelikkan w/pun ada letak santan sbnya santan dah dimasak dulu.
opppss lupa lak RESEPI IKUT BLOQ YATIE MEMORIES TQ YE yATIE sudi share resepi. http://yatiememories.blogspot.com.

Quote:
Bahan:- (loyang 8x8x3 inci)

* 1500 ml santan (dari 2 biji kelapa)
* 250 gm gula pasir
* 250 gm tepung beras
* 50 gm tepung Hoen Kue putih>>saya guna tpng jagung je
* 1/2 st. esen vanila
* 1 sk. garam

Cara-Cara

1. Satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati dan ditapis.
2. Masak adunan hingga pekat dan berkilat (hendaklah dikacau sentiasa supaya tidak berkerak).
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang beralas daun pisang atau setakat disapu minyak aje.
4. Bakar dalam oven dengan api grill dulu hingga permukaan kuih garing sikit atau berkulit, kemudian bakar dengan api bawah hingga masak pada suhu 180C lebih kurang 30 minit. (*note - akak bakar 30 minit api atas (grill), then 30 minit api bawah sj, then 10 minit lagi api atas n bawah)
5. Biarkan kuih benar2 sejuk baru dipotong dan dihidangkan. Kuih ni agak lembik ketika masih panas dan akan keras sedikit bila telah sejuk tapi memang lembut bila dimakan.





Quote:
kek pandan
bahan2nya
250 gm butter @ marjerin
200 gm gula halus
5 biji telur
250 gm tepung naik sendiri
esen pandan dan pewarna hijau

cara2
pukul butter dan gula hingga kembang
masukkan telur satu persatu
mskkan esen pandan
akhir masukkan tepung
sebatikan dan bakar 40 minit 170c



SEKIAN TERIMA KASIH


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net